Gaji minimum RM1,500 tidak sepatutnya dijadikan rujukan atau penanda aras oleh majikan untuk membayar upah pekerja lepasan ijazah, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata sebaliknya, gaji permulaan untuk lepasan ijazah sepatutnya naik lebih tinggi kerana gaji minimum ini adalah untuk pekerja tidak berkemahiran.
“Dapatan awal statistik gaji menunjukkan gaji minimum itu digunakan sebagai gaji rujukan untuk membayar (upah) terutamanya lepasan ijazah dan pekerja berkemahiran yang muda.
Rafizi berkata sebahagian besar rakyat Malaysia dibayar gaji rendah, dengan 82 peratus daripada 6.45 juta pekerja pekerja formal bergaji di bawah RM5,000 sebulan dan 35 peratus daripada jumlah itu dibayar RM2,000 ke bawah pada Mac 2023.