ARTIKEL

Gaji tidak cukup, guru nekad edar dadah cari duit lebih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kerana gaji tidak mencukupi, seorang guru memilih mengedar dadah untuk mendapatkan pendapatan sampingan bagi menyara keluarga.

Kegiatan lelaki berusia 49 tahun itu terbongkar apabila dia ditangkap oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Mukah semasa melakukan Ops Bersepadu pada lebih kurang jam 11.10 pagi, Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di sekitar kawasan Selangau itu ditahan di hadapan restoran Impian Selangau.

Katanya semasa ditahan, suspek berada di dalam kereta bersama isteri berusia 38 tahun, dua anaknya berusia 17 dan 9 tahun termasuk seorang lelaki Indonesia berusia 42 tahun.

“Pemeriksaan dalam kereta suspek menjumpai sebuah beg yang mengandungi tiga paket dadah jenis syabu seberat 2.85 gram,” katanya dihubungi sebentar tadi.

Jimmy berkata semasa disoal siasat, guru terbabit mengaku mengedar dadah secara kecil-kecilan sejak awal tahun ini di kawasan ladang sawit di Selangau dan Mukah, disebabkan masalah kewangan.

Justeru, beliau berkata guru itu bersama isteri dan seorang lelaki Indonesia tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut, manakala dua anaknya dibebaskan.

Bagaimanapun, katanya saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah.

“Mereka kini ditahan di lokap Balai Polis Mukah dan ditahan reman selama empat hari untuk siasatan,” katanya.

Jimmy berkata sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara dua hingga lima tahun, malah guru itu juga boleh dibuang kerja.

Katanya kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau turut menegaskan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah memandang serius permasalahan dadah di bahagian berkenaan dan akan membanteras kegiatan tersebut secara berterusan.

Pada masa sama, beliau menyeru orang ramai bekerjasama dengan memberi maklumat kepada polis untuk menangani masalah dadah secara serius.

Iklan komersial

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan