ARTIKEL

Rozalix Edi Wahab

Galak baca akhbar di sekolah – MAPIM Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah sewajarnya dilaksanakan oleh setiap sekolah, supaya pelajar dapat mengetahui perkembangan semasa.

Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak, Datuk Rozalix Edi Wahab berkata, ia secara tidak langsung menangani masalah yang membelenggu anak-anak sekarang iaitu terdedah dengan info yang tidak bagus serta tidak jelas di media sosial.

“Di samping memperkasa penggunaan bahasa Malaysia, inisiatif ini juga amat bagus supaya murid-murid dapat mengetahui perkembangan semasa tentang hal yang berlaku, sama ada di dalam negara mahupun antarabangsa.

“Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sekarang lebih terdedah kepada media sosial seperti TikTok atau YouTube yang belum tentu kesahihannya,” katanya yang dihubungi.

Beliau mengulas berkaitan inisiatif yang diambil KPM untuk memperkasa penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.

Bagi menjayakan inisiatif itu, KPM dalam kenyataan memaklumkan sekolah di Semenanjung diseru melanggan akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang merupakan akhbar utama berbahasa Melayu di negara ini.

“Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan inisiatif itu dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU