ARTIKEL

Galak gaya hidup sihat untuk rakyat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak telah menyalurkan geran peruntukan berjumlah RM3.620 juta kepada persatuan belia dan sukan di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, peruntukan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak bagi menyokong program pembangunan belia dan sukan, sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat.


“Selain daripada memberi geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada kawasan DUN Asajaya, saya turut mempunyai peruntukan di bawah kementerian yang disalurkan kepada kelab serta persatuan rekreasi di seluruh Sarawak.

“Secara keseluruhan setakat ini sebanyak RM3.620 juta sudah diagihkan dan sebahagian daripada itu kita masukkan terus ke akaun persatuan dan badan rekreasi untuk mereka menjalankan aktiviti serta program,” katanya.

Abdul Karim yang juga ADUN Asajaya berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan MRP bagi DUN Asajaya di Bangunan Baitulmakmur II di sini, semalam.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU