ARTIKEL

Ming Tee (empat kiri) memotong kek sebagai simbol perasmian Sambutan Hari Pendidik dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Pra-Gawai KEMAS 2024 sambil diperhatikan tetamu lain. - Foto: UKAS

Galak kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu memainkan peranan penting dalam menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi secara langsung dengan rakan-rakan lain.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata ia cabaran yang perlu ditangani KEMAS mengambil kira kecenderungan kanak-kanak pada hari ini yang lebih suka bermain dengan gajet.

“Kita hidup pada zaman yang berbeza.

“Dahulu kita selalu ingin keluar bermain dengan kawan-kawan, tetapi ibu bapa kita selalu melarang dan meminta agar duduk di rumah untuk belajar.

“Hari ini, kanak-kanak lebih suka bermain dengan gajet seperti tablet, telefon dan komputer daripada bergaul dengan rakan-rakan mereka.

“Ini adalah satu cabaran yang saya fikir Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu mainkan peranan penting dalam menggalakkan mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan rakan-rakan lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Pendidik dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Pra-Gawai KEMAS 2024 di Sibu pada Jumaat.

Menurutnya, minda kanak-kanak seperti span dan akan menyerap apa sahaja yang didedahkan kepada mereka.

Justeru, tegasnya, penting untuk menyemai dalam diri mereka pandangan positif tentang kehidupan yang boleh menyemarakkan semangat ingin tahu dalam diri mereka.

“Satu hari nanti, anak-anak ini akan menghargai apa yang mereka lakukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ming Tee turut menegaskan pendidikan di kawasan luar bandar dan bandar harus berada pada tahap yang sama.

“Namun disebabkan cabaran geografi, beberapa sekolah di kawasan luar bandar tidak dapat menikmati kemudahan yang dinikmati sekolah di kawasan bandar,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Kerajaan Pusat telah memperkenalkan model pelaksanaan alternatif bagi mempercepatkan kerja-kerja menambah baik sekolah usang di Sarawak.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah KEMAS Sarawak, Anisah Saidin.

Hadirin yang memeriahkan Sambutan Hari Pendidik dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Pra-Gawai KEMAS 2024 di Sibu. – Foto: UKAS

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup