Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Galeri seni maya, pemasaran tanpa sempadan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Sebastian Ting merakam kenangan bersama-sama ahli dan ibu bapa Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Bakat Insan Istimewa Kuching (KATSN).

KUCHING: Pelancaran galeri seni maya merupakan transformasi dan langkah ke hadapan dalam menyokong inisiatif digitalisasi Kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, ia sekali gus memberi peluang kepada pihak terlibat untuk meluaskan pasaran hasil karya mereka ke seluruh dunia, bukan hanya terhad di dalam negeri.

“Apabila anda melancarkan galeri seni maya, ia merupakan langkah ke hadapan tanpa sempadan khususnya dalam menjangkau lebih banyak pelanggan.

“Dalam masa yang sama, ia sejajar dengan usaha Kerajaan Sarawak meningkatkan pembangunan ekonominya menerusi transformasi pelbagai bidang ke arah pendigitalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Galeri Seni Maya Lions/ Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Bakat Insan Istimewa Kuching (KATSN) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu Kerajaan Sarawak juga sentiasa menyokong inisiatif seumpama itu terutamanya melalui pembiayaan dan dasar yang menggalakkan keterangkuman dan kepelbagaian.

“Inisiaitif KATSN yang memperkasa artis kurang upaya amat baik dan harus dipuji. Mereka menyediakan platform serta membantu mengetengahkan bakat golongan kurang upaya untuk mewujudkan masyarakat lebih inklusif, sekali gus menepis stereotaip.

Baca lain  Jambatan Batang Maro tutup hingga Ahad

“Dengan memberi peluang kepada artis kurang upaya untuk menjual hasil karya mereka, ia juga menyumbang kepada ekonomi penduduk tempatan,” ujarnya.

Dalam majlis yang sama, Sebastian turut menghulurkan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000 kepada KATSN bagi menyokong inisiatif persatuan tersebut menjaga kebajikan golongan istimewa itu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru