KOTA SAMARAHAN: Perasmian pameran Seni Naif Bumi Kenyalang dan pembukaan Galeri Seni Naif (SNAGA) pertama di Sarawak yang dimiliki Azrian Ali di sini, semalam.
Program tersebut dirasmikan pelukis pelukis seni naif terkemuka negara yang juga pengarang dan illustrator buku kanak-kanak Mohd Yusof Ismail (Yusof Gajah).
Beliau memberikan penghargaan kepada Azian atas pembukaan galeri pertamanya di sini semalam.
“Saya terharu usaha Azian kerana berjaya membuka galeri seni pertama di kota kecil ini.
“Banyak cabaran yang perlu dihadapi apabila membuka galeri seni di kota kecil. Walaupun begitu, kita haruslah jangan jadikan kelemahan tersebut sebagai kekuatan untuk berjaya,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi SNAGA Azian Ali berkata penubuhan galeri dan pameran seni naif ini itu adalah platform untuk pelukis berkarya dan menpamerkan karya kepada masyarakat.
“Galeri ini juga dijadikan penggerak penghasilan karya naif secara berkumpulan agar lebih man- tap dan membantu pengkarya naif untuk ke tahap lebih tinggi.
“Tambahan lagi, dengan adanya penubuhan galeri pameran ini, ia dapat membantu pelajar
universiti atau pengkaji yang ingin mengetahui maklumat serta sejarah perkembangan seni naif di Sarawak,” ujarnya.
Seramai 11 pelukis karya yang menyertai pameran semalam dan mereka merupakan ahli kumpulan SENAGA yang berasal dari Bintulu, Kuching, Miri dan Samarahan.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak Sepawi Samad.