Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Gambar anak tarik minat pedofilia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

TANPA kita sedar, apa-apa sahaja perkara atau gambar yang dikongsi di media sosial banyak mendatangkan kesan negatif, terutamanya kepada keselamatan anak-anak kita.

Kajian menunjukkan ibu bapa secara purata berkongsi lebih 1,500 gambar anak mereka terutamanya apabila menjelang usia anak lima tahun.

Kita memahami semua ibu bapa memang teruja untuk berkongsi kecomelan anak masing-masing, namun begitu, bukan semua jenis gambar anak wajar dikongsi untuk tatapan netizen.

Tahukah anda gambar yang tidak sepatutnya dikongsi dengan tidak sengaja akan dan boleh menarik perhatian pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan lain?

Sebagai contoh, kita tidak perlu berkongsi gambar bogel atau separa bogel termasuk gambar anak sedang mandi kerana boleh membangkitkan rasa ‘berahi’ kepada pemangsa yang dikenali sebagai pedofilia.

Begitu juga gambar yang memiliki maklumat lengkap kanak-kanak tersebut seperti lokasi dan nama tadika, sekolah dan maklumat peribadi mereka secara langsung. Ini termasuk gambar anak yang sedang dihukum, didenda dan sebarang gambar memiliki unsur-unsur yang memalukan kerana memberi kesan mendalam terhadap emosi anak tersebut.

Baca lain  Gilap bakat golongan istimewa

Perlu diingat, jika kita ingin berkongsi gambar berkumpulan kanak-kanak, pastikan kita mendapat kebenaran ibu bapa lain sebelum berbuat demikian.

Untuk memastikan keselamatan semua pihak dijaga, pastikan akaun media sosial kita sebagai ibu bapa ditetapkan sebagai ‘rahsia’ terlebih dahulu agar apa-apa yang dikongsi tidak jatuh ke tangan orang yang salah. PDRM pernah melaporkan mengenai kehilangan 834 kanakkanak yang tidak dapat dikesan.

Perkara sebegini yang hendak kita elakkan. Oleh itu, kita mesti sentiasa berhati-hati. Pemangsa yang berada di luar sana mungkin sedang memerhatikan gerak-geri anak anda.

Seperti telah dinyatakan tadi, seboleh-bolehnya elakkan berkongsi maklumat lengkap anak seperti di mana mereka bersekolah, nama, identiti dan maklumat peribadi lain.

Maklumat sebegini mungkin akan memudahkan pemangsa untuk menjejaki anak anda dan memanipulasikan maklumat peribadi tersebut untuk tujuan jenayah. Jangan hidangkan golongan pedofilia dengan santapan gambar-gambar anak anda yang bogel atau separa bogel, kerana perbuatkan kita itu seolah-olah ‘memancing’ perhatian mereka.

Simpan momen indah tersebut untuk tatapan peribadi anda sekeluarga sahaja, tidak perlu dipertontonkan. Jika perlu, tetapkan pada tetapan untuk tatapan orang tertentu sahaja. Selain itu, gambar yang berusur penderaan emosi dan fizikal, penindasan, keganasan malah gambar yang memalukan anak juga tidak perlu dikongsi kepada umum.

Baca lain  Pemimpin baik lawan pemimpin jahat

Ketahuilah, suatu hari kelak mereka akan meningkat dewasa, pasti mereka enggan momen yang memalukan itu dikongsi dan menjadi tatapan orang ramai. Akhir sekali, semak tetapan privasi akaun anda dan berhatihati untuk “menerima” permintaan menjadi rakan yang tidak dikenali di media sosial terutamanya yang menggunakan nama atau gambar yang meragukan.

Untuk pengetahuan umum, pedofilia adalah salah satu kelainan seksual iaitu seseorang mempunyai minat atau hasrat seksual terhadap kanak-kanak yang belum memasuki usia remaja – lebih tepat, kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Individu pedofilia kebiasaannya terdiri daripada golongan dewasa, di atas umur 16 tahun. Mereka ini mempunyai kecenderungan dorongan seks terhadap kanakkanak dan fantasi yang boleh mengganggu kanak-kanak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Pemilu pusingan dua

DUA dekad meneraju Turkiye, adakah era Presiden Recep Tayyip Erdogan

Teruja dan seronok

SEMALAM kami meraikan 16 pelatih universiti yang bakal menghabiskan latihan

Rumah idaman

RUMAH bukan sekadar keperluan asas untuk berteduh, berlindung dan menenangkan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru