Trending

Gandakan pengeluaran, jadi jutawan lada

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Willie ketika berucap pada Program Pemerkasaan Penggiat Industri Lada anjuran Lembaga Lada Malaysia (MPB) di Kampung Tringgus Matan Nguan, Bau, hari ini.

BAU: Penggiat industri, pengusaha dan pekebun lada di Sarawak disarankan untuk menggandakan usaha pengeluaran demi memenuhi keperluan pasaran sehingga ke luar negara sekali gus meningkatkan sosioekonomi tempatan.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin berkata, ia penting kerana industri penanaman dan pertanian adalah sumber perniagaan serta pendapatan yang mampu mencipta peluang pekerjaan.

“Malah, industri lada juga mampu melahirkan jutawan seperti kejayaan yang diperoleh Awaeng Kwasin atau lebih dikenali Puan Awin, pengasas produk lada Sarawak Nang Ori yang juga anak kelahiran Puncak Borneo.

“Beliau berjaya memasarkan produk ladanya sehingga memenuhi pasaran besar di seluruh negara serta dieksport ke luar negara,” katanya.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Puncak Borneo itu berkata demikian pada Program Pemerkasaan Penggiat Industri Lada anjuran Lembaga Lada Malaysia (MPB) di Kampung Tringgus Matan Nguan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya sehingga kini, Sarawak masih mengekalkan kedudukan teratas sebagai pengeluar lada dengan keluasan tanaman lada terbesar negara iaitu sebanyak 98 peratus, diikuti dengan Semenanjung Malaysia dan Sabah.

“Secara keseluruhannya Parlimen Puncak Borneo telah diluluskan dengan bantuan berjumlah RM514,000 bagi STLB dan STLM dalam tempoh 2021 sehingga Oktober 2022 merangkumi keluasan tanaman seluas 29.4 hektar,” ujarnya.

Tambahnya, agrikomoditi lada adalah kelima terbesar dan terpenting negara. Sehingga September 2022, industri lada telah merekodkan nilai eksport sebanyak RM142.3 juta berbanding RM99.7 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2021.

Hadir sama, Adun Serembu Miro Simuh dan Pengerusi Lembaga Lada Malaysia Baharuddin Mokhsen.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru