SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Gandingan Nazeli, Salihin muncul juara pertandingan gasing Spaoh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
UNTUK KENANGAN...Semua pemenang merakam gambar bersama selepas majilis penyampaian hadiah.
UNTUK KENANGAN…Semua pemenang merakam gambar bersama selepas majilis penyampaian hadiah.

KUCHING: Pasangan Nazeli Pandi dan Mohd Salihin Adam berjaya muncul juara Pertandingan Pangkah Gasing Bergu Spaoh, Betong 2022.

Gandingan pilihan itu cemerlang mengenepikan pesaing terdekat iaitu Abang Suhordie Abang Zaini dan Ramlie Putih yang sekadar berpuas hati ditempat kedua.

Kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM1,000, pingat dan hamper, manakala pemenang tempat kedua menerima wang tunai RM700, pingat serta hamper.

Sementara dua lagi bergu iaitu Jamil Ling/Kama Abdullah dan Suhaimi Sarbini/Mohd. Tahir Jalani masing-masing menerima wang tunai RM300 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh legenda pangkah gasing Kampung Spaoh, Betong, Sulaiman Sutamin.

Pertandingan yang disertai 16 bergu itu merupakan anjuran Kelab Gasing Spaoh dan berlangsung di Gelanggang Gasing Kampung Spaoh selama tiga hati bermula dari 28 hingha 30 April lalu.

Format pertandingan secara liga kumpulan. Hanya bergu ditangga teratas sahaja terpilih layak ke pusingan seterusnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru