ARTIKEL

Gangguan bekalan air di Lawas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JBALB Sarawak mengeluarkan notis gangguan bekalan air di Daerah Lawas bermula 11 malam pada Rabu sehingga 4 pagi (Khamis).

Kawasan terjejas melibatkan Pulau Salam dari Kedai Kadayan, KFC, Shell, Kastam, Medan Niaga, Anjung Sari dan Lawas Power Station.

Gangguan tersebut bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor terlibat untuk melakukan kerja-kerja baik pulih.

Justeru, penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU