JBALB Sarawak mengeluarkan notis gangguan bekalan air di Lawas bermula 4 sehingga 11 September ini.
Kawasan terjejas melibatkan seluruh Daerah Lawas kecuali Punang, Kuala Lawas dan Merapok. Kawasan tinggi akan mengalami tekanan air rendah.
Gangguan tersebut bagi memberi laluan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan tangki di Loji Wilayah Trusan.