JBALB Sarawak mengeluarkan notis gangguan bekalan air di Daerah Oya bermula 2 sehingga 6 petang, hari ini.
Gangguan melibatkan seluruh kawasan Oya bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor untuk melakukan kerja-kerja baik pulih di Stesen Pam Penggalak Oya.
Justeru, penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan tersebut.