Penduduk di Bahagian Betong, daerah Pusa dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pemasangan paip pada 9 malam Selasa hingga 5 pagi Rabu.
JBALB Sarawak mengeluarkan notis gangguan bekalan air melibatkan kawasan Pekan Pusa, Kampung Kalok, Kampung Dato Godam, Klinik Kesihatan Pusa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa.
Ia bagi memberi laluan kerja-kerja penyambungan paip oleh pihak kontrantor di kawasan Sekolah Kebangsaan Kalok, Pusa.