JBALB Sarawak mengeluarkan notis gangguan bekalan air di Sarikei bermula 9 pagi sehingga 2 petang, hari ini.
Kawasan terjejas melibatkan sepanjang Jalan Utama Bulat dari simpang Bulat sehingga Jalan Stok, semua persimpangan dari Jalan Utama Bulat dan Jalan Kwong Ming Minah.
Gangguan tersebut bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor Pan Borneo untuk melakukan kerja-kerja baik pulih paip di simpang Stok.
Justeru, penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan tersebut.