JBALB Sarawak mengeluarkan notis gangguan bekalan air di Sebauh dan Bintulu ke Tatau bermula 12 tengah hari sehingga 5 petang, hari ini.
Ia melibatkan seluruh kawasan dari Simpang Ulu Sebauh sehingga RH. Mikle Ding dan Simpang Ulu Spur sehingga RH. William Nading, Ulu Sebauh.
Bagi Bintulu-Tatau, kawasan terjejas dari Airport Booster sehingga RH. Banyang, Setiam dan Simpang Setiam sehingga Memorial Hills, Jalan Bintulu-Tatau.
Gangguan tersebut bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan meter SIV DN200 di Jalan Ulu Sebauh. Justeru, penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan tersebut.