ARTIKEL

Gangguan bekalan air di Sebuyau hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JBALB Sarawak mengeluarkan notis gangguan bekalan air di Daerah Sebuyau melibatkan Kampung Sungai Nibong bermula 8 pagi sehingga 5 petang, hari ini.

Gangguan tersebut bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor untuk membuat penyambungan paip bersaiz 280mm HDPE di Kampung Sungai Nibong.

Justeru, penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU