ARTIKEL

PUSAT pengambilan air di tempat letak kereta Pejabat JBALB Bahagian Sri Aman, di hadapan Bank Rakyat dan Pasar Tamu Baharu.

Gangguan bekalan air: JBALB sedia tiga lokasi pengambilan air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sri Aman menyediakan tiga lokasi bagi memudahkan penduduk melakukan pengambilan air secara berpusat ekoran gangguan bekalan air yang masih berlaku.

Menerusi pemakluman di Facebook rasmi jabatan itu, tiga lokasi terbabit adalah tempat letak kereta Pejabat JBALB Bahagian Sri Aman, di hadapan Bank Rakyat dan Pasar Tamu Baharu.

PUSAT pengambilan air di tempat letak kereta Pejabat JBALB Bahagian Sri Aman, di hadapan Bank Rakyat dan Pasar Tamu Baharu.

Difahamkan, kerja baik pulih paip Ductile Iron (D.I) 500 milimeter telah siap awal pagi tadi.

Bagaimanapun setelah bekalan air disalurkan semula dan injap paip utama itu dibuka, didapati terdapat kebocoran lain pada setiap sambungan paip sepanjang 100 meter.

PUSAT pengambilan air di tempat letak kereta Pejabat JBALB Bahagian Sri Aman, di hadapan Bank Rakyat dan Pasar Tamu Baharu.

Ini disebabkan permukaan tanah yang berpaya.

Oleh demikian, kerja baik pulih tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa pendek memandangkan kerosakan paip yang kritikal.

Proses baik pulih dijangka mengambil masa lebih lama dengan melakukan penyambungan baharu.

Justeru, JBALB Bahagian Sri Aman masih membekalkan air menggunakan lori tangki untuk diletakkan di pusat pengambilan air berpusat yang disediakan di tiga lokasi yang dinyatakan di atas.

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU