JBALB Sarawak mengeluarkan notis gangguan bekalan air di Daerah Siburan, Bahagian Serian bermula 9 malam hingga 5 pagi pada 10 sehingga 12 Julai ini.
Ia melibatkan seluruh kawasan Tapah, Beratok, Jalan Keromboi, Jalan Padawan, Jalan Kuching Serian Lama dan sebahagian Serian.
Gangguan tersebut bagi memberi laluan kepada kontraktor JBALB bagi kerja pengisian air ke tangki aras tinggi.
Justeru, penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan tersebut.