ARTIKEL

Gangguan elektrik bongkar perlombongan kripto haram di Pujut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku serta lonjakan penggunaan elektrik sehingga tiga kali ganda akhirnya membawa kepada pembongkaran kegiatan melombong mata wang digital kripto secara haram di Pujut.

Sarawak Energy menerusi kenyataan memaklumkan, baru-baru ini pihaknya membongkar satu lagi operasi perlombongan mata wang kripto membabitkan kecurian elektrik di daerah itu.

Menurutnya, insiden kecurian elektrik akibat perlombongan mata wang kripto itu menyebabkan Sarawak Energy kerugian kira-kira RM28,000 sebulan akibat penggunaan tidak direkodkan.

“Tahun ini sahaja kerugian yang dialami melebihi RM390,000 sebulan berikutan penemuan 31 kes kecurian elektrik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada operasi serbuan perlombongan mata wang kripto di Pujut, bahagian operasi dan peruncitan Sarawak Energy Syarikat SESCO Berhad menemukan 40 mesin pelayan di tingkat atas sebuah rumah kedai.

“Ia disambungkan secara haram menggunakan kabel pengetik terus.

“Semua peralatan yang digunakan untuk operasi perlombongan mata wang kripto dirampas sebagai bukti kecurian kuasa.

“Ejen hartanah yang bertanggungjawab turut hadir sebagai saksi semasa serbuan itu,” ujarnya.

Jika sabit kesalahan, mereka berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik, yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 dan/atau penjara maksimum lima tahun.

Sarawak Energy dengan kerjasama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi serta polis, terus komited dalam misinya untuk mengekang aktiviti kecurian elektrik di negeri ini.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar