BANGKOK: Gara-gara tidak tahan didera seorang wanita di Chiang Mai, Thailand, nekad mengupah orang untuk membunuh suaminya.
Mangsa, Phetchaburapa Meesri dikatakan kaki botol sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka. Disebabkan sukar untuk mencari pembunuh upahan, Kanda menawarkan kerja itu kepada Joma Ae iaitu petani miskin dari Myanmar.
Menurut portal The Thaiger, Kanda Cheewasawat, 46, dari perkampungan Khun Yuam melakukannya kerana mendakwa sudah tidak sanggup menjadi penderaan suaminya.
Menyedari wang upah 400 baht (kira-kira RM52) ditawarkan tidak cukup, Kanda sanggup meyakinkan lelaki itu membunuh suaminya dengan menawarkan anak perempuannya sebagai ganjaran.
Ia bermakna Joma Ae dapat berkahwin dengan anak perempuan Kanda, jika dapat menyempurnakan misi berkenaan.
Media tempatan Thailand melaporkan mayat Phetchaburapa ditemukan jauh di dalam hutan di wilayah Mae Hong Son.
Jasad itu ditemukan dalam keadaan hampir tidak dapat dikenali.
Difahamkan, Phetchaburapa yang berusia 54 tahun dipukul dengan teruk dengan rotan buluh yang berat.
Dia kemudiannya dibelasah hingga mati oleh seorang lelaki dengan kayu. – Agensi