ARTIKEL

Wong (berdiri kiri) bersama hadirin pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Cap Goh Mei anjuran Bahagian Sayap Pemuda, Wanita dan Warga Emas SUPP Cawangan Dudong.

Ganti SST dengan GST – Wong Ching Yong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Kerajaan dicadangkan untuk memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Sebaliknya, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong, Kaunselor Wong Ching Yong, mencadangkan supaya Cukai Perkhidmatan Barangan (GST) diperkenalkan semula.

“GST harus diperkenalkan semula tetapi pada kadar dua peratus sahaja seperti Singapura.

“Ini kerana GST mempunyai asas cukai yang luas dan lebih baik serta mekanisme yang lebih adil dan cekap berbanding SST,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Cap Goh Mei anjuran Bahagian Sayap Pemuda, Wanita dan Warga Emas Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong di sini semalam.

Menurut Wong, bermula 1 Mac ini, kadar SST akan dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus yang dianggap keterlaluan.

Sebagai contoh, katanya, kenaikan ini akan menyebabkan harga kereta lebih mahal.

Sehubungan itu, tegasnya, cukai perkhidmatan digital (DST) juga akan meningkat daripada enam peratus kepada lapan peratus yang akan menjejaskan perkhidmatan perisian, permainan video dan latihan dalam talian.

Baca lain  Di dalam pejabat pun boleh didenda tidak pakai pelitup muka

“Saya sebagai akauntan serta akauntan-akauntan bertauliah yang lain turut sama berpendapat GST harus diperkenalkan semula,” kata Wong.

Berita lebih lanjut boleh dilihat dalam e-paper Suara Sarawak.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa