ARTIKEL

Senjata yang berjaya dirampas daripada suspek untuk dijadikan bukti. – IPD Julau

Gara-gara cinta ditolak, lelaki nekad tembak kenderaan keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden tembakan ke atas sebuah pacuan empat roda di Sungai Pinang, Jalan Wak Buku Julau, pada Rabu lalu.

Insiden kira-kira jam 10.45 malam itu dilaporkan oleh seorang pengadu yang menyatakan kenderaan jenis Toyota Hilux milik anaknya ditembak pada bahagian pemandu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin berkata, suspek lelaki berusia 20-an itu berjaya ditangkap di Pakan pada Khamis, sekitar jam 5.30 petang.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis berjaya menangkap suspek serta merampas dua laras senapang patah jenis Bakakuk dan dua laras senapang angin buatan sendiri.

“Turut dirampas, satu butir peluru jenama Clever 12 Mirage dan satu kelongsong peluru jenama 12 Mirage,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rampasan dan tangkapan telah dibawa ke IPD Julau untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.

Baca lain  Sarawak bakal perkenal Ordinan Ombudsman

“Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan mendapati kejadian bermotifkan dendam kerana cinta suspek ditolak oleh salah seorang daripada keluarga mangsa.

“Memiliki senjata api buatan sendiri turut menyalahi undang-undang di bawah Akta Senjata Api 1960 dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 8A akta yang sama,” tegasnya.

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU