ARTIKEL

Gara-gara ganggu orang tidur, rakan maut ditetak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KLUANG: Seorang lelaki warga Bangladesh maut ditetak dengan pisau pemotong daging oleh rakan senegara selepas dipercayai mengganggunya yang sedang tidur di sebuah rumah di Flat Haji Manan, di sini pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata dalam kejadian itu, mangsa Mohammad Sobuj, 28, seorang pekerja pasar raya ditetak di leher dan kepala sebelah kiri.

Beliau berkata susulan itu lima lelaki warga Bangladesh berusia antara 25 dan 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Pada 10 pagi tadi (Selasa), polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki warga Bangladesh memaklumkan terdapat seorang lelaki dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri di sebuah rumah.

“Siasatan awal mendapati suspek kelima iaitu rakan sebilik mangsa, mengaku menetak mangsa dengan pisau yang kemudian ditemui di tempat kejadian, kerana marah dengan mangsa yang mengganggunya sedang tidur,” katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata siasatan juga mendapati suspek lain yang duduk di bilik berasingan menyedari mangsa sudah meninggal dunia ketika mereka mahu pergi bekerja iaitu kira-kira 8 pagi tadi.

“Suspek kelima ditangkap di tepi Jalan Nyior bertentangan Taman Gunung Selatan Empat di sini pada 4.45 petang tadi selepas bertindak melarikan diri susulan insiden itu,” katanya menambah mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk bedah siasat.

Menurutnya kelima-lima suspek akan direman esok di Mahkamah Majistret Kluang bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki perancis sesat di Taman Negara

BALIK PULAU: Seorang lelaki warga Perancis sesat lebih lapan jam ketika menjalankan aktiviti mendaki di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang. Jurucakap Pusat Gerakan

AI bantu perkembangan bahasa kanak-kanak

Pendapat mengenai pelbagai isu semasa daripada peneraju pemikiran, kolumnis dan pengarang. Oleh: Dr. Norfaizal Jamain Teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) kini menjadi buah

Isteri anggap arwah suami dapat nikmat syahid

KUALA TERENGGANU: Balu kepada Allahyarham Zulkarnain Mohamed Zubir yang ditemukan lemas berkata arwah suaminya beria-ia mahu beriadah di pantai ketika sampai di Kuala Terengganu, Jumaat

BERITA TERBARU

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Mutang aruh iya dichiri mangku pengawa

LIMBANG: Pengawa nyiri ex-Kaban Parlimen Bukit Mas, Datuk Mutang Tagal nyadi Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 endang meri besai pengandal. Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar