ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja'afar

Gara-gara tersiku, lelaki maut ditumbuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PETALING JAYA, Selangor: Gara-gara tersiku ketika berjalan dipercayai punca tercetusnya pergaduhan antara dua lelaki yang berakhir dengan kematian di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Jaafar, berkata mangsa warga tempatan berusia 40-an maut selepas dikatakan ditumbuk seorang lelaki warga asing. 

“Kejadian dipercayai berlaku pada 1 pagi selepas suspek, 40-an, tersiku mangsa ketika berjalan dalam pusat hiburan berkenaan sehingga berlaku pergaduhan akibat campur tangan rakan mangsa.

“Suspek didakwa telah menumbuk muka mangsa menyebabkan mangsa jatuh dan belakang kepalanya pecah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.

Shahrulnizam berkata suspek kini direman hingga 29 Mac dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  
 
Turut ditahan ialah rakan mangsa bagi membantu siasatan. 

Pada perkembangan lain, Shahrulnizam berkata polis berjaya menahan empat suspek, termasuk seorang wanita di sekitar Kelana Jaya kerana dipercayai terlibat dalam jenayah ragut dan pecah kereta.

Baca lain  Dua lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM10,111

Beliau berkata tangkapan pada 6 pagi 17 Mac lepas melibatkan dua lelaki dan seorang wanita warga asing yang disyaki dalang di sebalik enam kejadian ragut sekitar Kelana Jaya. 

Semua suspek direman tujuh hari bermula tarikh tangkapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. 

Shahrulnizam berkata pihaknya juga berjaya menyelesaikan enam kes pecah kereta dengan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 20-an di sebuah rumah di Taman Putra Damai, Kelana Jaya, pada 12.49 tengah hari 22 Mac lepas.

Suspek yang mempunyai empat rekod jenayah narkotik direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawan Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Perselisihan faham punca kes bunuh bapa saudara

MIRI: Perselisihan faham antara ahli keluarga dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang lelaki oleh anak saudaranya, sebelum mayatnya ditemukan di tepi sungai di Senadin, di sini

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh