ARTIKEL

Garis panduan imarah masjid, urus jenazah Majlis Islam S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) memutuskan beberapa Garis Panduan Pengimarahan Masjid dan Surau semasa PKP di seluruh Sarawak.

Menurut kenyataan media MIS, memutuskan solat fardu di masjid dan surau tidak dibenarkan KepadaAwam dan hanya lima pegawai masjid dibenarkan hadir dengan mematuhi penjarakan fizikal 1 meter.

“Solat Jumaat pula hanya 15 orang terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa pengurusan masjid atau surau serta tidak dibenarkan kepada orang awam.

“Aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti ceramah, kuliah, kelas
pengajian ditangguh sementara.

Manakala, siarang langsung melalui media sosial tidak dibenarkan di masjid atau surau,” tegasnya.

Selain itu, pengurusan jenazah yang tidak berkaitan Covid-19 dibenarkan tidak melebihi 10 orang ahli waris sahaja dengan pematuhan SOP.

Kehadiran pengaie atau pengurus jenazah juga dibenarkan dengan bilangan yang sesuai.

Bagi pengebumian jenazah yang tidak berkaitan Covid-19 dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi 10 ahli waris.

Kehadiran pengurusan tanah perkuburan juga dibenarkan dengan bilangan sesuai.

Pemakaian garis panduan berkuat kuasa mulai 29 Mei ini sehingga tamat tempoh PKP.

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU