ARTIKEL

Garisan jalan raya ‘Glow In The Dark’ mampu kurangkan kemalangan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BETONG: Penggunaan teknologi garisan jalan raya bercahaya dalam gelap perlu menjalani beberapa ujian jaminan untuk memastikan ketahanannya.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, ia merupakan salah satu lonjakan teknologi dan teknikal yang baik.

“Lazimnya untuk garisan jalan raya kita mempunyai ujian manik pemantul bagi memastikan tempoh prestasi (ketahanan).

“Bagaimanapun untuk garisan jalan raya bercahaya dalam gelap (glow in the dark) sebagai produk baharu di pasaran, beberapa ujian jaminan perlu disediakan jika hendak menggunakannya di Sarawak,” katanya.

Bagi Dekan Fakulti Pengajian Pelbagai Disiplin dan Kelestarian Kolej Universiti i-CATS Nurulhuda Nadziri, penggunaan teknologi garisan jalan raya bercahaya dalam gelap diyakini mampu meminimumkan kemalangan.

Katanya  mempunyai garis jalan yang terang adalah cara terbaik menjadikan jalan raya lebih selamat kepada semua.

“Sehubungan itu, penggunaan teknologi garisan jalan bercahaya dalam gelap dapat meminimumkan peluang berlanggar apabila laluan menjadi jelas dan terang.

“Ini kerana garisan bercahaya meningkatkan kemungkinan pemandu akan mengikutinya dengan sewajarnya,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan