ARTIKEL

An airplane of national carrier Garuda Indonesia lands on a runway at Sultan Iskandar Muda International Airport in Blang Bintang, Indonesia's Aceh province on February 21, 2024. (Photo by CHAIDEER MAHYUDDIN / AFP)

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda Indonesia.

Syarikat itu berkata penerbangan Garuda-1105 ke Madinah yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 747-400 berpatah balik ke lapangan terbang asal di Makassar pada 5.15 petang (Rabu) dengan semua penumpang tidak cedera, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Presiden Pengarah Garuda, Irfan Setiaputra berkata, keputusan dibuat juruterbang bertugas, sejurus pesawat berlepas memandangkan masalah enjin memerlukan pemeriksaan lanjut selepas percikan api dikesan pada salah satu enjin.

Sementara itu, semua penumpang diarahkan ke tempat penginapan sebelum menaiki penerbangan gantian pada hari yang sama. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU