ARTIKEL

Gavin kecewa pemain golf tidak sertai Sukan Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Pemain golf profesional nombor satu negara, Gavin Green, meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan jawatankuasa pemilihan Sukan Asia untuk tidak menghantar pemain golf untuk beraksi di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, bulan depan.

Gavin, 29, baru ditabalkan juara Piala Corolla Cross 2023 di Kelab Golf Palm Garden, di sini, semalam, berkata walaupun gagal memenuhi kriteria, jawatankuasa pemilihan tersebut seharusnya menghantar sekurang-kurangnya dua pemain ke Sukan Asia yang dijadual berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.

Sebelum ini, jawatankuasa pemilihan Sukan Asia terdiri daripada wakil Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menetapkan Malaysia akan menghantar pemain yang berada di kedudukan lapan terbaik Asia.

Pemain Olimpik itu, yang berada di ranking ke-199 dunia, berkata pendedahan dan pengalaman pemain amatur negara di kejohanan peringkat tinggi itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Saya rasa ia agak menyedihkan dan mengecewakan kerana ketika saya berstatus amatur, kami dihantar ke merata tempat.

Bagaimanakah anda akan membiarkan pemain kami bertambah baik jika anda tidak menghantar mana-mana pemain golf (ke Sukan Asia)?

“Penyertaan pasukan di temasya besar perlu dilihat sebagai satu pelaburan untuk pemain menimba pengalaman dan menggilap bakat dan kemahiran supaya menjadi lebih baik.

Saya ingin bermain tetapi sibuk (dengan jadual kejohanan profesional), jadi sesiapa sahaja pemain terbaik yang tersedia berdasarkan ranking dunia harus dihantar,” katanya.

Gavin  berharap jawatakuasa pemilihan Sukan Asia itu akan menyemak semula keputusan dan menghantar pemain golf ke Sukan Asia.

Tiga hari lalu, Persatuan Golf Malaysia (MGA) menyatakan kekecewaan dan kesal dengan keputusan serta kriteria pemilihan yang ketat oleh jawatankuasa pemilihan itu yang disifatkan tidak selaras dengan usaha menggalakkan penyertaan, daya saingan dan pembangunan dalam sukan.

MOM sebelum ini mengumumkan Malaysia akan menghantar kekuatan 294 atlet untuk menyertai 23 jenis sukan di Hangzhou, China. – BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU