ARTIKEL

Miro Simuh ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Gawai Bazar Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak, di sini, semalam. (FOTO: UKAS)

Gawai Bazar bermula 16-26 Mei ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gawai Bazar sempena Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 akan diadakan di MJC Batu Kawa, di sini, bermula 16 hingga 26 Mei ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, ia adalah julung kali diadakan di kawasan ini sempena perayaan tersebut.

“Gawai Bazar ini kelak dijangka memuatkan seramai 180 gerai menjual makanan, minuman serta kraf tangan.

“Ini adalah untuk memberi peluang kepada usahawan kecil memajukan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Gawai Bazar Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak di Pejabat Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Gawai Bazar 2024 memberitahu, pelbagai acara menarik dan aktiviti sampingan akan diadakan selama bazar tersebut berlangsung.

“Dengan adanya acara dan aktiviti diadakan, ini dapat memeriahkan lagi suasana di samping memberi pengalaman kepada pengunjung.

“Selain itu, pelbagai aktiviti lain akan dilaksanakan terutama pada waktu malam dan gerai mula beroperasi bermula dua petang sehingga 12 tengah malam.

Baca lain  Bomba gerakkan operasi mencari lelaki terjun sungai 

“Pentas utama turut disediakan untuk pelbagai persembahan kebudayaan dan nyanyian daripada artis-artis tempatan,” jelasnya.

Ujarnya, penganjuran yang memasuki edisi keempat ini akan dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Gawai Bazar 2024 Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 17 Mei depan.

Pada tahun ini juga, masyarakat Bidayuh adalah jawatankuasa penganjur utama bagi sambutan Gawai peringkat negeri Sarawak.

Tambahnya, berbeza dengan penganjuran yang lepas, Gawai Bazar 2024 diadakan dengan simbolik ‘maad kasah’ bermaksud ‘buka tikar’ dalam bahasa Bidayuh, menandakan permulaan sambutan Hari Gawai.

Justeru, beliau menyeru orang ramai terutamanya masyarakat Dayak yang bakal menyambut Hari Gawai untuk singgah ke Gawai Bazar 2024 bagi membeli kek, biskut serta keperluan lain bagi persediaan Gawai kelak.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan