ARTIKEL

Hadirin yang memeriahkan Majlis Perasmian Gawai Dayak Bazaar 2024 semalam. - Kredit: UKAS

Gawai Dayak Bazaar 2024 memuatkan 18 aktiviti di bawah tiga kluster utama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penganjuran Gawai Dayak Bazaar 2024 yang dirancang dengan teliti telah berjaya memuatkan 18 aktiviti di bawah tiga kluster utama.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Pengerusi Pengelola Gawai Bazaar 2024, Datuk Henry Harry Jinep, berkata tiga kluster itu merangkumi kluster keusahawanan dan promosi produk tempatan, kluster kebudayaan, hiburan dan penampilan bakat tempatan serta kluster gastronomi komuniti tempatan dan aktiviti riadah.

Menurutnya, di bawah kluster keusahawanan dan promosi produk tempatan, terdapat 180 gerai menjual makanan, minuman, kraf tangan, hasil pertanian dan penternakan serta perkhidmatan telah dibuka.

“Seramai 15 usahawan telah dibawa dari Limbang, Lawas, Bintulu, Mukah, Sibu dan Sri Aman untuk menyertai Gawai Bazaar kali ini, dan selebihnya merupakan usahawan tempatan di sekitar bandar raya Kuching, Serian dan Samarahan,” katanya dalam ucapan alu-aluan sempena Perasmian Gawai Dayak Bazaar 2024 oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perayaan Gawai Dayak Tahun 2024, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, di MJC Batu Kawa, di sini semalam.

Selain itu, di bawah Kluster Kebudayaan, Hiburan dan Penampilan Bakat Tempatan pula, katanya, persembahan hiburan kontemporari akan diadakan hampir setiap malam, disusuli dengan persembahan kebudayaan komuniti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Jelasnya lanjut, acara mencungkil bakat muda dalam bidang seni persembahan juga tidak ketinggalan, seperti Gawai Idol 2024, Battle of The Band, Sarawak Kids Got Talent, Dayung Sangon, Dari Pogan dan Kelingit kategori bawah 18 tahun.

“Hadiah bakal dimenangi yang agak lumayan turut disediakan dengan kerjasama strategik Majlis Seni Sarawak,”ujarnya.

Dalam pada itu, Kluster Sukan dan Riadah pula, katanya, mengariskan aktiviti riadah Gawai Dayak Baazar seperti Zumba.

“Sambil kita berpesta, aspek kesihatan perlulah dititikberatkan.

“Aktiviti riadah ini di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak yang telah diadakan semalam dan seterusnya pada 19 Meii, jam 3 petang di khemah utama ini (MJC Batu Kawa),” tambah Henry.

Hadir sama di majlis perasmian itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu merangkap Timbalan Pengerusi Pengelola Gawai Bazaar 2024, Miro Simuh, Temenggong Bidayuh Bahagian Kuching, Atok Derop, serta tetamu kenamaan lain.

Henry menyampaikan ucapan alu-aluan di Majlis Perasmian Gawai Dayak Bazaar 2024 semalam. – Kredit: UKAS

BERITA LAIN

Kapit berpotensi pengeluar utama koko

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Kapit mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu kawasan pengeluar utama koko di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

BERITA TERBARU