Trending

Gawai Dayak Bazar 2023 dapat sambutan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Penganjuran Gawai Dayak Bazar 2023 menerima sambutan positif daripada pelbagai pihak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata, peningkatan jumlah gerai yang menyertai Gawai Dayak Bazar tahun ini turut meningkat berbanding tahun lepas.

“Peningkatan penyertaan sebanyak 62 gerai jualan pada tahun ini berbanding dengan 45 gerai jualan tahun lepas.

“Hal ini sekali gus menunjukkan sambutan memberangsangkan dan sokongan positif daripada pelbagai pihak,” katanya dalam teks ucapannya yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak, Susan Clement Ingun pada Majlis Perasmian Gawai Dayak Bazar 2023.

Bazar tersebut merupakan anjuran Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) yang diadakan di tempat letak kereta Bandar Baru Permyjaya.

Tambah beliau, rakyat Sarawak amat beruntung kerana kerajaan prihatin dan menyokong penuh aktiviti sama ada program berkonsepkan adat dan budaya.

Sebagai tanda sokongan Snowdan turut mengumumkan geran sebanyak RM20,000 kepada GADS manakala Adun Pujut, Adam Yii Siew Sang mengumumkan sumbangan geran sebanyak RM3,000.

Snowdan turut menyeru kaum Dayak agar terus memainkan peranan dalam memastikan perpaduan rakyat Sarawak berterusan, seiring dengan usaha pembangunan digital di negeri ini sekali gus memulih dan memacu ekonomi rakyat.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru