ARTIKEL

Jepun
Gambar hiasan Pixabay

Gaya pemakanan masyarakat Jepun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MASYARAKAT Jepun dikatakan mempunyai jangka hayat yang paling lama di dunia.

Mengikut data pada 2014, purata umur bagi lelaki ialah 80.50 tahun, manakala bagi perempuan Jepun ialah 86.53 tahun.

Jepun mempunyai kadar obesiti sebanyak tiga peratus berbanding di Amerika Syarikat dengan jurang yang sangat besar iaitu 35 peratus. 

Menurut laporan Kementerian Kesihatan di Tokyo, bilangan orang yang berusia lebih 100 tahun meningkat sebanyak 1,613 berbanding tahun sebelumnya kepada 92,139.

Menurut tinjauan, sekitar 88 peratus dalam kalangan mereka yang berusia 100 tahun terdiri daripada wanita.

Justeru, Jepun bukan sahaja dikagumi dengan teknologi dan kemajuan ekonomi, malah peradaban dan tahap kesihatan.

KEBIASAAN

Dikatakan, masyarakat Jepun tidak terlebih makan, mereka percaya dengan kualiti bukan kuantiti.

Makanan yang disediakan di sekolah di Jepun hanya terdiri daripada sedikit mangkuk nasi, sup, tauhu, ikan, rumpai laut, sayur-sayuran hijau, soya, nasi, buah-buahan dan teh hijau. 

Zaman kanak-kanak di Jepun diajar untuk makan perlahan-lahan dan menikmati setiap suapan makanan. 

Selain itu, makanan yang dihidangkan di atas pinggan sekurang-kurangnya harus satu pertiga saiz pinggan atau mangkuk di Amerika Syarikat. 

Kaedah memasak di Jepun juga lebih kepada merebus, bakar, panggang, kukus dan menggoreng dalam kuali leper dengan minyak yang sangat sedikit.

Sayur-sayuran pula dimasak sekejap sahaja untuk mengekalkan khasiatnya. Mereka juga seperti Malaysia — suka makan nasi.

Tetapi kenapa mereka tidak gemuk?

Memetik Huffpost, sainstis pengkaji kardiovaskular di Institut Jantung Amerika Syarikat iaitu James DiNicolantonio berkata, gabungan nasi dan beberapa menu makanan yang rendah lemak merupakan kunci utama masyarakat Jepun dapat mengekalkan badan langsing walaupun makan nasi.

GAYA HIDUP

Mereka juga mengamalkan makan sedikit demi sedikit dan mengunyah dengan betul untuk memudahkan sistem pencernaan.

Mereka juga mengamalkan cara makan Rasulullah SAW iaitu berhenti sebelum kenyang.

Orang Jepun suka menikmati makanan yang dimasak di rumah setiap hari.

Paling penting, mereka tidak gemar makanan segera.

Biasanya individu yang tinggal di Jepun, terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar, secara tidak langsung melakukan banyak senaman ringan kerana tidak ramai yang memiliki kereta. 

Gaya hidup dan sistem di Jepun juga tidak memerlukan penggunaan kereta untuk urusan harian seperti ke tempat kerja.

Untuk berulang-alik ke tempat kerja, mereka lebih suka berjalan kaki, berbasikal atau menaiki kereta api.

Malah, terdapat perkaitan antara jumlah masa yang anda gunakan untuk duduk setiap hari dengan jangka hayat kehidupan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja