ARTIKEL

Gaya rumah elegan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JIKA anda tidak pasti cara hias rumah gaya mewah, anda boleh jadikan bilik pameran kedai mewah sebagai rujukan percuma.

Ia boleh menjadi sumber inspirasi menampakkan rumah anda kelihatan elegan.

Namun, hias rumah gaya mewah boleh menjadi sukar jika anda mempunyai masalah bajet.

Terdapat teknik mendapatkan rupa rumah mewah yang anda inginkan.

SEMPURNAKAN TINGKAP RUMAH

Langsir panjang penuh menjadikan ruang kelihatan lebih mewah.

Menggantung batang tirai lebih tinggi boleh menjadikan siling kelihatan lebih tinggi dan mewah.

Jika anda menggunakan langsir, pastikan anda menggantungnya penuh — lebih lebar dan tinggi.

Selain itu, pastikan panel langsir anda lebar dan mempunyai jumlah fabrik lebih untuk menghasilkan banyak lipatan.

MOULDING DINDING RUMAH

Tidak dapat dinafikan menambah moulding atau hiasan bingkai pada dinging pada rumah ialah cara yang agak mudah untuk menjadikan rumah anda kelihatan lebih mahal.

Sebelum anda mula memilih acuan ke dinding, ambil kira gaya rumah anda.

Moulding kelihatan hebat dalam binaan yang kekal atau lama, tetapi ia mungkin tidak sesuai dalam binaan sementara.

WARNA ASAS

Cara terbaik memastikan ruang selaras dengan rupa mewah adalah dengan menggunakan warna neutral.

Banyak ruang mewah menggunakan perabot rona neutral.

Ia boleh menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang — lebih menjimatkan kos untuk menukar bantal, selimut dan permaidani sekiranya memiliki warna yang sesuai.

MAKSIMUMKAN RUANG DAN CAHAYA

Anda boleh menggantung cermin pada dinding atau meletakkan cermin panjang pada sudut rumah.

Sudah tentu ruang tersebut hanya menjadi ilusi optik.

Menggantung cermin yang diletakkan di sudut sesuai boleh menjadikan bilik berasa lebih besar dan cerah.

Sebaik-baiknya anda menggantung cermin berhampiran tingkap untuk memantulkan cahaya sebanyak mungkin.

GUNAKAN BUNGA SEGAR

Gunakan tumbuhan hiasan untuk mengisi sudut kosong dan menghidupkan ruangan.

Pastikan tumbuhan anda bersesuaian diletakkan pada ruang di dalam rumah.

Tumbuhan besar hanya kelihatan sangat tinggi dan rupa tidak memberi kesan seperti yang anda inginkan.

Sekiranya tidak suka menyimpan banyak tanaman rumah, anda boleh membeli bunga dan mempamerkannya di sekitar rumah.

SENTIASA JAGA BARANGAN RUMAH

Selain kebersihan, penting juga menjaga keselamatan barang di rumah anda.

Secara amnya, apa-apa yang diselenggara dengan baik secara automatik terasa lebih premium, itulah sebab barangan baharu sentiasa terasa sangat menarik.

Pastikan permaidani anda bersih, perabot digilap, menggantikan jubin retak, menampal lubang di dinding dan mengecat semula jika perlu.

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial