ARTIKEL

Dr Fauziah (tengah) berucap kepada peserta yang terlibat dalam misi pelayaran ‘Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla’.

Gaza Freedom Flotilla: Setiap peserta akan diwakili peguam dilantik FFC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL, Turkiye: Setiap peserta yang terlibat dalam misi ‘Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla’ akan diwakili peguam yang dilantik Freedom Flotilla Coalition (FFC).

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemandu FFC, Dr Fauziah Hasan, ini sebagai persediaan bagi membantu setiap peserta sekiranya mereka ditahan oleh tentera rejim Israel dan dipenjarakan.

“FFC telah membuat persiapan dan setiap peserta terlibat akan diwakili peguam yang dikhaskan untuk semua yang terlibat dalam misi ini.

“Mereka (peguam yang dilantik) akan membantu membela setiap peserta sekiranya berdepan kemungkinan ditahan dan disoal siasat oleh pihak rejim Israel.

“Untuk itu, peguam-peguam inilah yang akan bercakap bagi pihak peserta sekiranya berlaku sesi soal siasat ketika ditahan,” katanya.

FFC sebelum ini mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi ini dijangka akan memulakan pelayaran pada Rabu ini (24 April).

Pelayaran sepatutnya dijadualkan semalam (Ahad 21 April) tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa masalah teknikal yang masih dihadapi ketiga-tiga kapal berkenaan.

Misi ini akan melibatkan sebuah kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang. 

Kapal-kapal ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah pelindungan dan beberapa buah kenderaan, termasuk lapan buah ambulans.

Aktivis dari 30 negara, termasuk Malaysia, sudah berkumpul di Istanbul sejak 18 April lepas untuk persiapan akhir sempena misi ‘Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024’. – BERNAMA (Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof)

BERITA LAIN

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri