ARTIKEL

Foto: REUTERS | BERNAMA

Gaza: Misi mencari air bagaikan menempah maut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Semenanjung Gaza menyaksikan krisis bekalan air, bahan bakar, makanan dan elektrik yang semakin meruncing.

Mencari air minuman yang selamat pula tidak ubah umpama ‘misi membunuh diri’ apabila penduduk yang keluar mencari air berdepan risiko menjadi sasaran penembak tepat Israel yang bersembunyi di lokasi tidak diketahui penduduk, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Ibrahim Abu Mustafa, 14, menceritakan detik ayahnya Ahmad Abu Mustafa, 40, terbunuh ketika sedang mengikat tong air pada basikalnya, yang berlaku sewaktu ayahnya dan jiran keluar dari tempat berlindung di khemah pelarian Khan Younis untuk mencari air pada 28 Jan lepas.

Ibrahim yang kini menghuni kem pelarian Rafah berkata bunyi tembakan kedengaran selepas ayahnya dan seorang lagi jiran keluar mencari air. 

“Sejurus selepas itu kami diberitahu bahawa ayah dan rakannya itu terbunuh ditembak rejim Zionis.

“Kami hanya mampu melihat dari jauh jenazah ayah dan rakannya terbiar kaku di atas jalan raya. Kami tidak dapat menghubungi ambulans kerana talian telefon disekat, ambulans pun sukar untuk lalu di jalanan yang penuh dengan sisa konkrit,” katanya.

Insiden sama turut menimpa Hamid Naim al-Qudrat, 30, di Khan Younis ketika keluar mencari air pada 25 Jan lepas.

Menurut ahli keluarga al-Qudrat, Hamid keluar membawa tong air menuju ke hospital Palang Merah yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya untuk mengisi air di situ, malangnya menjadi mangsa sasaran penembak tempat Zionis.

Nasib sama menimpa Muhammad Said dan Mahir al-Ghul yang terkorban ketika keluar mencari air di kawasan perumahan Shaykh Ridwan di Gaza pertengahan Nov lepas.

Saksi kejadian Nizar al-Ghul berkata: “Mereka berdua membawa beberapa tong air untuk diisi dan akan diagihkan kepada jiran-jiran.

Sebaik melintasi jalan al-Thani, mereka dibedil kereta kebal Zionis yang berada di situ. Mayat mereka terbiar selama dua hari sebelum dapat dikebumikan di pekarangan klinik Shaykh Ridwan.”

Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) pada Disember pernah memberi amaran bahawa kekurangan akses kepada bekalan air bersih umpama hidup dan mati buat kanak-kanak di Gaza yang hampir tidak mempunyai air untuk diminum.

Amaran mengenai situasi kemanusiaan itu dibuat selepas lebih 10 minggu kepungan ketat Israel selain serangan berterusan askar Zionis di Gaza yang sudah mengorbankan lebih 27,000 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak, manakala 67,000 lagi cedera sejak 7 Okt 2023. – BERNAMA

BERITA LAIN

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan