ARTIKEL

Erizka Ayu Widyaningtyas berkongsi pengalaman gempa bumi di pantai timur Taiwan pada minggu lepas. - Foto: Ghazali Bujang

Gegaran gempa bumi hampir dua minit cukup mendebarkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gegaran gempa bumi yang dirasai hampir dua minit cukup mendebarkan bagi Erizka Ayu Widyaningtyas, seorang pelajar universiti dari Indonesia yang menuntut di Taiwan.

Pantai timur pulau itu pada Rabu lalu dilanda gempa bumi berukuran 7.2 skala Richter yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 nyawa terkorban, lebih 1,000 cedera selain struktur bangunan mengalami kerosakan.

Erizka, yang merupakan pelajar tahun satu semester kedua jurusan Pengurusan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Dong Hwa, ketika itu baharu sahaja selesai bersahur dan hendak menyiapkan tesis sebelum ke kuliah.

“Pada jam 8 pagi, saya merasai gegaran kuat selama dua minit dan berasa panik kerana tidak tahu berbuat apa-apa.

“Saya tidak dapat turun ke bawah (keluar dari bangunan), hanya berlindung dahulu kerana ketika induksi dahulu diberitahu bahawa kalau berlaku gempa bumi harus berlindung di bawah meja dan sebagai.

“Apabila gegaran berhenti, baharu saya keluar dari bangunan, itupun kali kedua dipanggil baharu saya keluar,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak di Kuching Sentral di sini, hari ini.

Beliau berkata, rakyat Taiwan tidak panik kerana mereka telah dilatih untuk persediaan gempa bumi dan keluar dari bangunan secara teratur.

Sebaik sahaja keluar dari bangunan, beliau menyaksikan bangunan makmal sains di kampusnya terbakar kerana tumpahan bahan kimia yang mudah terbakar.

Bagaimanapun, beliau berkata, bangunan lain sekitar kampus tidak terjejas dengan impak gegaran, hanya beberapa bangunan sekitar bandar yang mengalami kerosakan namun masih kekal utuh.

“Saya bersyukur kerana tiada mahasiswa dan mahasiswi yang mengalami kecederaan ketika kejadian,” katanya lagi.

Ekoran kejadian itu, sesi perkuliahan terus dihentikan dan digantikan dengan pembelajaran dalam talian.

Sehubungan itu, Erizka mengambil keputusan untuk pulang semula ke kampung halamannya di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia dan mengikuti sesi pembelajaran dalam talian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU