Gelandangan diupayakan untuk berdikari

KUCHING: Penghuni di Desa Bina Diri (DBD) di sini perlu diberi didikan dan pendedahan mengenai literasi digital sejajar dengan perkembangan semasa.

Desa Bina Diri ialah pusat yang ditubuhkan kerajaan untuk memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada pengemis yang memerlukan bantuan.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, penghuni boleh dididik dengan asas penggunaan telefon bimbit.

“Ini membolehkan penghuni mempunyai kemahiran menggunakan gajet kerana literasi digital penting dalam kehidupan seharian dan dijadikan persediaan jika mereka kembali ke dalam komuniti pada satu hari kelak.

“Apabila sudah ada kemahiran untuk menjana pendapatan, mereka boleh menggunakan kaedah dalam talian mempromosikan seterusnya menjual produk masing-masing,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 24 Mac 2021

Suara Sarawak