ARTIKEL

BERAKSI... Antara aksi menarik kejohanan Piala Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah edisi kelima di Dewan Badminton Rahman Hamzah Kampung Tambey

Gelanggang Badminton Rahman Hamzah Kampung Tambey bakal berwajah baharu 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Berita gembira buat peminat sukan badminton apabila gelanggang Rahman Hamzah Kampung Tambey di sini, akan dinaik taraf bermula tahun hadapan.

Gelanggang itu bakal berwajah baharu dengan pemasangan karpet bagi menghadapi kejohanan badminton Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah Edisi Keenam yang dijangka berlangsung awal tahun hadapan.

BERAKSI… Antara aksi menarik kejohanan Piala Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah edisi kelima di Dewan Badminton Rahman Hamzah Kampung Tambey.

Menurut ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, ia merupakan berita gembira buat pemain badminton di kampung Tambey. 

“Saya difahamkan kejohanan ini merupakan kejohanan tumpuan buat peminat sukan bulu tangkis di sekitar ini, jadi kejohanan akan datang pemain (peserta) akan bermain dengan lebih selesa dengan gelanggang yang akan dinaik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian sekali gus merasmikan kejohanan edisi kelima itu sebelum menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang kejohanan.

Dalam ucapan sama, Karim menegaskan sebanyak RM20,000 peruntukan disumbangkan kepada Kelab Badminton Tambey bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan bagi tahun ini.

Menurutnya, Kelab Badminton Tambey merupakan badan kelab yang paling aktif dalam menganjurkan pertandingan badminton di bahagian Samarahan dan bahagian Asajaya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)