Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Gelanggang tenis Mukah perlu ditambah baik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

PRESIDEN Persatuan Tenis Bahagian Mukah (PTBMu) Ismandi Junaidi bersyukur kerana Kejohanan Piala Tenis Mukah 2022 selama tiga hari berjalan lancar.

Katanya keadaan cuaca baik turut membantu sepanjang pertandingan.

“Penglibatan pemain dari Kuching, Sibu, Bintulu dan tuan rumah cukup memberangsangkan.

“Ia selari dengan matlamat PTBMu iaitu mahu menjadikan sukan tenis dikenali di Mukah sebagai sukan sosial dan menyihatkan, sama dengan sukan lain seperti badminton dan bola sepak,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Bagaimanapun sebagai penganjur bersama, di pihak PTBMu berharap agar fasiliti tenis di Mukah ditambah baik.

“Saya harap pada masa saya harap Mukah boleh menganjurkan pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat, wakil rakyat, pihak penaja, semua Ahli Jawatankuasa pertandingan, para peserta dan semua ahli,” jelasnya lagi.

Pada Ahad menyaksikan pasukan dari Bintulu menjuarai keseluruhan Piala Tenis Mukah 2022 yang diwakili oleh Jimmy Liong dan Joanes yang membawa pulang piala pusingan, medal, hadiah wang tunai dan cenderamata.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru