ARTIKEL

Gelanggang untuk peminat sukan bola keranjang dinaik taraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Sejumlah RM200,000 diperuntukkan bagi kerja menaik taraf Gelanggang Bola Keranjang Meranti di sini bawah Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Penyerahan kontrak oleh Penolong Jurutera Majlis Daerah Sarikei, Joviana Joklin kepada pihak kontraktor serta disaksikan oleh wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong sii iaitu Kapitan Ling Dien Yong.

Terdahulu sejumlah RM1.35 juta telah diperuntukan untuk projek pembinaan gelanggang tersebut yang menjadikan keseluruhan kos bernilai RM1.55 juta.

Pengerusi Kelab Bola Keranjang Repok, Lau Tung Kiong turut merakamkan terima kasih kepada Huang atas sokongannya untuk kelengkapan gelanggang bola keranjang tersebut.

Diharap peminat bola keranjang menghargai bantuan yang telah dihulurkan itu serta berusaha meningkatkan lagi kemahiran dan pembangunan sukan.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU