Gelar Datuk masih terlalu awal untuk Pandalela

MENTERI Belia Dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) menegaskan, masih terlalu awal untuk memberi gelaran ‘Datuk’ kepada ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg sebagai penghargaan atas kejayaannya memenangi pingat emas di Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA baru-baru ini.

Menurut Datuk Abdul Karim, beliau (Pandelela Rinong) baharu berusia 28 tahun.

“Bayangkan seseorang yang berusia 20-an mendapat gelaran Datuk. “Sangat sukar baginya untuk berinteraksi secara normal dengan rakan-rakannya ketika bergaul,” katanya.

Datuk Abdul Karim berkata demikian menjawab pertanyaan ramai pihak sama ada pihak Kerajaan Sarawak akan memberi gelaran Datuk kepada Pandelela Rinong sebagai mana berlaku kepada beberapa atlet kebangsaan sebelum ini.

Menurutnya, biarlah Pandelela Rinong menikmati kehidupannya dahulu. “Sememangnya Kerajaan Sarawak akan memberi penghargaan kepada Pandelela Rinong atas kejayaan diperolehi semasa kejohanan terbabit,” jelas beliau.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 08 Mei 2021

Suara Sarawak