ARTIKEL

JUARA...Pemain pasukan Kabitra FC merakam gambar sebagai kenangan

Gelaran juara milik Kabitra FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kehebatan pasukan Kabitra FC nyata sukar ditandingi apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Gen16.

Kelab dari Kampung Binyu, Kuching itu berjaya mengatasi Pomchai FC (1-0) pada aksi final semalam menerusi sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan dalam masa penuh perlawanan.

Kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM1,500 beserta piala dan pingat.

Bagi pasukan Pomchai FC yang sekadar berpuas hati selaku naib juara, menerima hadiah wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat.

Dalam pada itu, pasukan Kanisa FC muncul pemenang tempat ketiga dan turut membawa pulang wang tunai RM700 selain piala dan pingat selepas menumpaskan JJ FC (1-0) ditempat keempat.

Majlis penyampaian hadiah dan penangguhan telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd. Azri Johari.

BERITA LAIN

Lariwoo Vet FC pertahan gelaran juara

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Lariwoo Vet FC nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli

BERITA TERBARU