Trending

Gelombang baharu Covid-19, dijangka decah 65 juta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BEIJING: Jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan di Beijing sejak empat minggu lalu ketika gelombang baharu virus itu melanda China, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.

Sekolah di beberapa bahagian negara itu telah diminta mengambil langkah berjaga-jaga.

Pakar epidemiologi China, Zhong Nanshan, menjangkakan kira-kira 65 juta kes jangkitan baharu setiap minggu pada akhir Jun, menurut media kerajaan.

Zhong menjangkakan, kini terdapat kira-kira 40 juta kes baharu setiap minggu.

Walaupun antara 80 dan 90% daripada 1.4 bilion penduduk China dipercayai telah dijangkiti semasa gelombang Disember dan Januari, pakar itu berkata, tahap imuniti kini semakin menurun.

Belum ada angka rasmi jumlah kematian akibat virus itu pada musim sejuk, namun pakar asing meletakkan angkanya pada sekitar satu juta.

Pihak berkuasa tidak menjangkakan gelombang jangkitan seperti sebelumnya, namun memberi amaran orang tua dan berpenyakit berhadapan risiko dijangkiti.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru