ARTIKEL

Gambar hiasan

Gelora udara: Enam penumpang, enam kru cedera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DUBLIN: Enam penumpang dan enam kru cedera akibat gelora udara dihadapi satu penerbangan dari Doha, Qatar ke Dublin, Ireland, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Dalam satu kenyataan, pihak Lapangan Terbang Dublin berkata penerbangan Qatar Airways itu mendarat dengan selamat seperti yang dijadualkan sejurus sebelum pukul 1 tengah hari (1200GMT) pada Ahad.

“Sebaik mendarat, pesawat itu disambut oleh perkhidmatan kecemasan, termasuk polis lapangan terbang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat kami, kerana enam penumpang dan enam kru (keseluruhan 12) di dalam pesawat dilaporkan cedera selepas pesawat mengalami gelora udara ketika melalui ruang udara Turkiye,” kata pihak lapangan terbang itu.

“Pasukan Lapangan Terbang Dublin terus memberikan bantuan penuh di darat kepada penumpang dan petugas syarikat penerbangan,” katanya lagi.

Insiden ini berlaku seminggu selepas seorang lelaki British meninggal dunia dan ramai yang cedera apabila penerbangan Singapore Airlines dari London ke Singapura mengalami gelora udara yang teruk. — BERNAMA

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU