Filem terbaharu Gemencheh Boys mengisahkan enam sahabat mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia dalam sukan kriket.
Ia mengisahkan enam budak lelaki berusia 10 tahun iaitu Syafi q, Amin, Fauzi, Rashid, Azad dan Sukri yang tinggal di Bukit Rokan, Gemencheh.
Menampilkan tema persahabatan, pengorbanan dan harapan, perjalanan mereka bersama-sama gurunya menuju ke gelanggang dunia diceritakan dengan pelbagai emosi.
Cikgu Azman (Pekin Ibrahim) ditugaskan oleh guru besar sekolah untuk mengeluarkan pelajar terbabit dalam masalah sosial dengan menubuhkan pasukan kriket sekolah.
Berbekalkan keringat, tulang empat kerat, tiada ilmu dan kemahiran profesional, Cikgu Azman berjaya menubuhkan pasukan kriket untuk wakil Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara (SKBRU).
Walaupun pelbagai halangan, mereka bangkit setiap kali perlawanan dan berjaya menjadi juara di Negeri Sembilan.
Impian mereka terus membara untuk menjadi pemain kebangsaan satu hari nanti.
Berjayakah mereka dipilih menjadi pemain kebangsaan?
Filem ini dibintangi oleh Pekin Ibrahim serta enam pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq.
Turut membintangi fi lem ini Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin dan Arumugam A/L Vedan.
Ia membabitkan kerjasama Astro Shaw dengan GV Corporate Advisory dan SOL Pictures
Gemencheh Boys ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 26 Oktober lalu.