ARTIKEL

Kredit: FB Malaysian Meteorological Department

Gempa bumi 3.5 magnitud landa Ranau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Gempa bumi bermagnitud 3.5 melanda kawasan Panginatan, Ranau pada 10.57 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan pusat gempa pada koordinat 5.9 darjah utara dan 116.7 darjah timur dengan kedalaman 13 kilometer.

Episentrum gempa itu dikenal pasti kira-kira 14 kilometer di selatan Ranau.

MetMalaysia memaklumkan penduduk di sekitar Ranau dan kawasan berhampiran turut merasai gegaran berkenaan serta akan terus memantau perkembangan susulan kejadian itu seperti dilapor Bernama.

Orang awam yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik rasmi MetMalaysia bagi membantu pengumpulan maklumat lapangan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU