ARTIKEL

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sumatera Utara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 dikesan berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 7.37 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa terletak pada koordinat 4.6 darjah utara dan 96.3 darjah timur.

Kedalaman gempa itu dicatatkan pada 30 kilometer, kira-kira 59 kilometer timur laut dari Meulaboh, Indonesia.

MetMalaysia memaklumkan gegaran berkemungkinan dirasai di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

MetMalaysia turut mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan gempa tersebut seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU