ARTIKEL

Gempa bumi amat ditakuti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Gegaran di Malaysia

Di Asia, aktiviti gempa bumi paling banyak direkodkan di Jepun, Indonesia, Fiji dan Kepulauan Tonga (timur Australia).

Afrika mempunyai zon gempa agak sedikit berbanding benua lain.

Australia dan New Zealand pula negara paling rendah aktiviti seismik manakala benua Antartika mempunyai aktiviti gempa paling sedikit.

Sementara di Malaysia, walaupun terletak di luar lingkaran tersebut, namun tidak bebas sepenuhnya daripada ancaman kerana turut merekodkan kejadian tempatan serta diancam gegaran akibat bencana serantau dengan kejadian paling kuat pernah dilaporkan pada 5 Jun 2015 di Ranau, Sabah SEBAIK sahaja melangkah ke tahun 2024, dunia dikejutkan dengan kejadian gempa bumi kuat dengan magnitud antara 4.3 sehingga 7.6 skala ritcher yang melanda wilayah Ishikawa, tengah Jepun.

Dilaporkan bencana yang berlaku pada 1 Januari itu setakat petang Khamis lalu telah mengorbankan sebanyak 82 nyawa, manakala 80 penduduk tidak dapat dikesan.

Tidak dinafikan, fenomena alam ini amat ditakuti kerana semakin besar saiz gempa, semakin besar kemusnahan dibawanya, sama ada kepada manusia, struktur binaan, geologi dan sebagainya yang mendatangkan kecederaan dan kematian.

Dalam masa sama, kejadian ini turut boleh mencetuskan tsunami besar, bahkan didapati 80 peratus kejadian tsunami berpunca daripada fenomena alam ini.

Menurut Kajian Geologi AS (USGS), harus diingatkan bahawa gempa bumi sebenarnya berlaku setiap hari, sama ada dalam skala besar atau kecil.

Dianggarkan sekitar 500,000 kejadian sederhana atau besar berlaku di seluruh dunia setiap tahun dengan kira-kira 100,000 daripadanya dapat dirasakan, manakala 100 lagi gegaran menyebabkan kerosakan.

Dilaporkan sepanjang tahun 2020, sejumlah 13,654 gempa bumi berkekuatan empat pada skala richter atau lebih tinggi dilaporkan berlaku di seluruh dunia.

Selain itu, tujuh daripada sembilan gempa bumi besar dengan kekuatan tujuh atau lebih berlaku di kawasan Lingkaran Api Pasifik, iaitu tempat yang mempunyai aktiviti plat tektonik aktif.

Pergerakan tektonik inilah menyebabkan berlakunya pertembungan atau pergeseran plat, sama ada meluncur ke bawah atau ke atas antara satu sama lain di sepanjang lingkaran berkenaan.

Kejadian pergerakan plat tektonik ini juga boleh mengakibatkan fenomena seperti letusan gunung berapi dan jurang lautan menjadi semakin dalam, seperti Jurang Mariana.

Selain itu, direkodkan bahawa sekitar 90 peratus kejadian gempa bumi adalah di kawasan atau negara yang terletak dalam lingkaran yang mengelilingi lembangan Lautan Pasifik berbentuk palam kuda ini. Lingkaran ini adalah sepanjang 40,000 kilometer (km) bermula dari New Zealand, kepulauan Indonesia, Jepun, Alaska, Mexico sehingga ke Chile.

Kawasan ini sentiasa berlaku aktiviti bumi berterusan seperti pergerakan benua dengan mempunyai sekitar 452 gunung berapi yang 75 peratus daripadanya masih aktif.

Sejak 11,700 tahun lalu direkodkan sebanyak 22 kejadian gunung berapi terbesar meletus.

dengan magnitud 6.0.

Ini kerana negara kita berada berhampiran dengan dua sempadan pertembungan plat atau kepingan yang aktif keseismikannya iaitu antara Kepingan Indo-Australia dan Kepingan Eurasian di sebelah barat, dan sempadan pertembungan antara Kepingan Eurasian dan Kepingan Laut Filipina di sebelah timur.

Menurut pakar Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM), Malaysia yang terletak kira-kira 500 hingga 600 kilometer dari garisan Lingkaran Api Pasifik mungkin mengambil masa jutaan tahun untuk berada di dalamnya.

Ujar ahli penyelidik geologi gempa bumi, Navakanesh M Batmanathan, plat tektonik biasanya bergerak beberapa sentimeter setiap tahun, namun gempa bumi boleh mengakibatkan plat tersebut bergerak beberapa meter dalam sesaat.

Jelasnya, meskipun ada kajian lepas menunjukkan terdapat trend kejadian gempa bumi berlaku di Sabah pada setiap 25 tahun, namun beliau menegaskan ia bukan ramalan, sebaliknya adalah corak gempa bumi di negara ini. M

alaysia memang jarang dilanda bencana itu, tetapi terdapat kawasan aktif terutamanya di Ranau, Sabah yang tetap mempunyai aktiviti gempa walaupun hanya berskala dua hingga tiga magnitud.

Justeru, disimpulkan bahawa mustahil untuk menentukan dengan tepat lokasi dan masa gempa bumi bakal berlaku.

Kejadian ini tidak boleh diramal oleh mana-mana saintis mahupun agensi di dunia.

Manusia tidak dapat menghalang, tetapi masih berupaya mengurangkan kesannya dengan persediaan dan tindakan sewajarnya.

Pihak berkuasa boleh mula menyediakan pelan pemindahan gempa bumi yang efektif serta mengadakan program kesedaran di peringkat sekolah seperti yang dilaksanakan Indonesia.

Orang ramai juga boleh melayari laman web MyGempa yang diuruskan oleh METMalaysia untuk mendapatkan maklumat gempa bumi semasa dan terdahulu di seluruh dunia. 

LAIN-LAIN BERITA

Puasa pupuk kesabaran

KETIKA matahari terik di atas kepala sambil memancarkan sinarnya, ia membuatkan kita rasa tidak selesa dan letih akibat panas yang tidak terhingga.  Apatah lagi menjelang

Budak tinggi gula dalam darah

MASIH ramai yang kurang mengetahui kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami masalah kandungan gula tinggi dalam darah atau lebih dikenali sebagai diabetes. Lebih-lebih lagi apabila

Sarawak tumpuan biologi dunia

SARAWAK kaya dengan kepelbagaian biologi hutan yang unik sehingga dikenali sebagai salah satu titik utama biologi dunia. Ia juga penyumbang tertinggi kepada liputan hutan di

Tempat paling mahal didiami

KOS sara hidup berbeza daripada satu negara ke negara lain. Beberapa negara, kos sara hidupnya jauh lebih mahal daripada yang lain. Di bahagian tempat tinggal

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan