ARTIKEL

Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda Utara Sumatera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda Utara Sumatera, Indonesia pada 10.59 semalam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata gempa bumi berkedalaman 86 kilometer itu berlaku pada jarak 84 kilometer barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.

Beliau berkata gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, katanya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur turut mengesahkan menerima satu panggilan berhubung gegaran itu daripada penduduk Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras di sini.

Menurut jurucakap JBPM KL, sepasukan anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi untuk pemantauan dan pemeriksaan lanjut.

Semakan di laman sosial Twitter pula mendapati pengguna dari pelbagai lokasi turut merasai gegaran malah ada yang mengongsikan tangkap layar amaran awal gempa bumi dari sistem Android.

Antara reaksi mereka ialah menyoal kesahihan insiden itu.

“Semoga selamat dan baik-baik saja bagi yang terkesan dengan gempa bumi itu,” ciap seorang pengguna akaun Twitter.

Seorang lagi menciap “Rumah aku dah lah tinggi, boleh rasa gegaran tadi.” — BERNAMA 

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU